5 Februari, 2024
iShares Bitcoin Trust: Pendekatan baru perdagangan kripto
Kami telah menambah instrumen kewangan canggih berdasarkan ETF iShares Bitcoin Trust.
Mengapakah ia penting?
Instrumen baru kami adalah peluang anda untuk berdagang iShares Bitcoin Trust (IBIT), yang paling menonjol di antara ETF Bitcoin spot yang baru mendapat kelulusan baru-baru ini dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC). Kelulusan ini merupakan satu lompatan besar ke dalam masa depan pelaburan kripto yang terkawal, mengambil kira bahawa sebelum ini SEC menolak semua cadangan ETF Bitcoin spot.
iShares Bitcoin Trust boleh menjadi pilihan yang sesuai untuk pelabur yang berhati-hati namun ingin mencapai keuntungan daripada volatiliti tanda dagang kripto tanpa mengorbankan keselesaan persekitaran yang terkawal.
Adalah penting untuk diingat bahawa, walaupun ETF direka untuk menjejaki dinamik harga Bitcoin, mungkin terdapat perbezaan di antara prestasi ETF dan Bitcoin bergantung kepada faktor operasi dan permintaan pasaran.
Apakah keistimewaan iShares Bitcoin Trust?
Instrumen baru kami mencerminkan prestasi Bitcoin dalam rangka kerja yang terkawal, menggabungkan daya tarikan pelaburan kripto dengan jaminan produk kewangan tradisional.
Aset ini adalah gabungan unik antara yang dikenali dan yang baru, menandakan laluan yang dinanti-nantikan ke arah perdagangan kripto yang terkawal.
Mula berdagang sekarang
Sebagai salah satu platform FX pertama yang menambah instrumen berdasarkan iShares Bitcoin Trust, kami tidak hanya mengikut trend – kami menerajuinya. Olymptrade kekal sebagai peneraju teknologi kewangan, sentiasa mencari cara baru untuk anda melibatkan diri dalam pasaran kewangan dan mempelbagaikan portfolio anda.
Sebagai pengguna Olymptrade, anda kini mempunyai akses kepada iShares Bitcoin Trust di platform web dan juga mudah alih kami. Ia membolehkan anda menikmati:
- Perdagangan dalam ETF kripto utama dalam persekitaran yang biasa digunakan.
- Kemudahan perdagangan kripto tanpa kerumitan dan risiko penyimpanan langsung Bitcoin.
- Kebolehpercayaan produk kewangan diluluskan oleh SEC yang dibangunkan oleh BlackRock, pengurus aset terbesar di dunia.
Mula berdagang iShares Bitcoin Trust dengan platform yang sentiasa maju selangkah ke hadapan.
Kongsikan ke
Berita lain
6 Mei 2026
Hari Wang Sedunia 2026: Olymptrade berkongsi kisah sebenar tentang kesilapan mengurus wang dan pengajaran yang dipelajari
Setiap tahun pada 17 April, Olymptrade menyertai sambutan Hari Wang Sedunia. Tahun ini, kami bekerjasama dengan saluran media untuk berkongsi satu siri kisah peribadi yang jujur daripada Olymptraders.
27 April 2026
Misi kebajikan Olymptrade di Indonesia: Ringkasan
Sambil kami menamatkan misi amal selama lapan bulan di Cipanas, Indonesia, kami ingin mengimbau kembali segala pencapaian yang telah kita capai bersama. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan Usaha Mulia, yang telah menghubungkan kami dengan mereka yang paling memerlukan bantuan.
23 Mac 2026
Olymptrade memenangi Anugerah Platform Perdagangan Pelbagai Aset Terbaik 2026
Olymptrade baru sahaja diiktiraf sebagai Platform Perdagangan Pelbagai Aset Terbaik 2026 oleh FXDailyInfo Forex Brokers Award.