9 November 2026

Olymptrade Memenangi Dua Anugerah Finance Magnates 2026

Olymptrade Memenangi Dua Anugerah Finance Magnates 2026

Pada 6 November, pemenang Finance Magnates Awards 2026 telah diumumkan, dan Olymptrade membawa pulang dua anugerah:

  • Best Customer Support Experience 2026 – Philippines
  • Most Accessible Trading Platform 2026 – MENA

Finance Magnates telah membuat liputan tentang industri kewangan sejak 2009 dan merupakan salah satu media yang telah lama bertapak dalam industri ini, terkenal dengan berita, penyelidikan, analisis dan kandungan pendidikan.

Anugerah tahunannya mengiktiraf syarikat yang memberi impak di seluruh industri. Pemenang dipilih sama rata oleh komuniti perdagangan dan panel pakar, sekali gus menjadikan pengiktirafan ini amat bermakna bagi kami.

Kedua-dua anugerah ini mencerminkan aspek yang telah lama kami usahakan: memastikan sokongan sentiasa mudah diakses dan mengurangkan halangan untuk berdagang.

Best Customer Support Experience 2026 – Philippines

Bagi kami, sokongan yang baik bukan sekadar memberikan maklum balas dengan pantas. Ia bermaksud sentiasa sedia membantu apabila pedagang memerlukan bantuan. Pasukan kami beroperasi 24/7, bertutur dalam lebih daripada 20 bahasa dan mempunyai pengetahuan sebenar tentang perdagangan untuk menjawab soalan yang lebih kompleks.

Sokongan yang baik sering tidak disedari apabila semuanya berjalan lancar, oleh itu, kami berbesar hati melihat usaha ini mendapat pengiktirafan dan bangga dengan pasukan yang menjayakannya setiap hari.

Most Accessible Trading Platform 2026 – MENA

Kebolehcapaian bukan sekadar satu ciri. Ia bermula dengan proses pendaftaran yang mudah dan antara muka mesra pengguna yang dilengkapi tema warna untuk individu dengan jenis penglihatan warna yang berbeza.

Ia diteruskan dengan alat yang diperlukan oleh pedagang untuk belajar: akaun demo percuma, bahan pendidikan dan strategi sedia guna. Kami juga memastikan halangan untuk bermula kekal rendah, dengan deposit minimum $10 dan dagangan bermula daripada $1.

Kebolehcapaian juga penting dalam urusan pembayaran. Pedagang boleh membuat deposit dan pengeluaran menggunakan kaedah pembayaran tempatan yang mudah. Dan usaha kami tidak terhenti di situ: mereka juga boleh berhubung, bertanya soalan dan berkongsi pengalaman dalam komuniti perdagangan yang terbuka.

Menggabungkan semua ini dalam satu pengalaman memerlukan banyak usaha, sebab itulah amat menggembirakan apabila pendekatan ini mendapat perhatian industri.

Apa seterusnya

Kami sangat gembira melihat pedagang dan pakar industri menghargai usaha yang telah kami lakukan untuk kebolehcapaian dan sokongan.

Bagi kami, anugerah ini ialah petanda baik bahawa kami berada di landasan yang betul. Kami akan terus menambah baik kedua-dua bidang ini dan mencari cara baru untuk menjadikan Olymptrade lebih baik bagi pedagang.

Kongsikan ke

Berita lain

Tracking Pixel

Dengan terus melayari, anda bersetuju
dengan Dasar Kuki kami.