Dasar Rujukan
Olymp Trade

Tarikh berkuatkuasa: 13.06.2022

1. Am

1.1. Dasar Rujukan Olymp Trade ini (“Dasar“) adalah perjanjian sah yang terikat dengan undang-undang, dan boleh dikuatkuasakan yang mengawal atur perhubungan di antara Syarikat dan pelanggannya yang memutuskan untuk menyertai program rujukan Syarikat di bawah Dasar ini dan dirujuk sebagai Pelanggan yang Merujuk atau Pelanggan yang Dirujuk dalam Dasar ini.
1.2. Dasar ini akan menjadi bahagian penting dalam Perjanjian Perkhidmatan yang dimeterai di antara Syarikat dan pelanggan selepas persetujuan bersama Dasar ini.

2. Prosedur Rujukan

2.1. Pelanggan yang Merujuk boleh, dari semasa ke semasa, tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk, memperkenalkan Syarikat kepada kenalan Pelanggan yang Merujuk sebagai bakal pelanggan dan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan cara memberikan bakal pelanggan tersebut pautan unik ke platform dalam talian Syarikat (“Pautan Syarikat“).
2.2. Syarikat akan memberikan Pautan Syarikat kepada Pelanggan yang Merujuk selepas penerimaan bersama Dasar ini. Pelanggan yang Merujuk perlu mengekalkan saiz dan perkataan Pautan Syarikat seperti yang diberikan oleh Syarikat dan hendaklah meminda dan mengubah Pautan Syarikat jika Syarikat meminta Pelanggan yang Merujuk untuk berbuat demikian.
2.3. Tertakluk kepada keperluan dan terma yang ditetapkan di dalam Dasar ini, setiap bakal pelanggan yang memeterai Perjanjian Perkhidmatan dengan Syarikat selepas mengakses platform dalam talian Syarikat melalui Pautan Syarikat yang diberikan oleh Pelanggan yang Merujuk akan disebut di dalam Dasar ini sebagai “Pelanggan yang Dirujuk“.

3. Kriteria Kelayakan Pelanggan yang Dirujuk

3.1. Pelanggan yang Merujuk memberi jaminan kepada Syarikat bahawa Pelanggan yang Dirujuk yang menerima Pautan Syarikat:
3.1.1. Telah memberikan persetujuan mereka untuk menerima Pautan Syarikat.
3.1.2. Berumur 18 tahun dan ke atas atau telah mencapai umur dewasa dalam bidang kuasa mereka untuk mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan kewangan.
3.2. Pelanggan yang Dirujuk perlu mematuhi semua kriteria berikut supaya Syarikat boleh meluluskan Pelanggan yang Dirujuk tersebut dan mengiktiraf Pelanggan yang Dirujuk tersebut sebagai “Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan”:
3.2.1. Bukan suami atau isteri Pelanggan yang Merujuk.
3.2.2. Mengkreditkan jumlah deposit minimum ke dalam akaun perdagangannya yang ditentukan di platform dalam talian Syarikat dalam masa 30 hari pertama selepas pengaktifan akaun oleh Pelanggan yang Dirujuk.
3.2.3. Tidak mempunyai sebarang permintaan yang telah dilaksanakan atau tertangguh untuk penutupan akaun atau pengeluaran dana.
3.3. Pelanggan yang Dirujuk dan Pelanggan yang Merujuk telah mengakui bahawa pindahan dana antara akaun tidak boleh dianggap sebagai deposit untuk tujuan Dasar ini.
3.4. Pelanggan yang Merujuk dengan ini mengakui dan memahami bahawa dia tidak boleh mengedarkan Pautan Syarikat kepada mana-mana orang yang tinggal di dalam negara (wilayah) di mana Syarikat tidak beroperasi, seperti yang diberikan dalam klausa 11.1 Perjanjian Perkhidmatan, bahagian I.
3.5. Dalam tempoh yang munasabah, Syarikat akan menilai Pelanggan yang Dirujuk untuk menentukan sama ada Pelanggan yang Dirujuk mematuhi kriteria kelayakan dan boleh diiktiraf sebagai Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan atau menolak Pelanggan yang Dirujuk. Keputusan Syarikat mengenai sama ada Pelanggan yang Dirujuk tertentu boleh diiktiraf sebagai Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan adalah muktamad, terikat, dan konklusif, dan tiada komunikasi dengan Pelanggan yang Merujuk atau Pelanggan yang Dirujuk diperlukan dalam hal ini.
3.6. Syarikat tidak akan dipertanggungjawabkan untuk menerima mana-mana Pelanggan yang Dirujuk yang dibawa oleh Pelanggan yang Merujuk dan boleh menolak untuk menerima Pelanggan yang Dirujuk atas sebarang sebab atau tiada sebab mengikut budi bicara mutlaknya, termasuk, tanpa batasan, kerana:
3.6.1. Pelanggan yang Dirujuk merupakan pelanggan sedia ada Syarikat ketika menggunakan Pautan Syarikat.
3.6.2. Pelanggan yang Dirujuk sebelum ini telah dihantar kepada Syarikat oleh Pelanggan yang Merujuk atau mana-mana pihak ketiga.
3.7. Pelanggan yang Merujuk berhak untuk mendapat imbuhan sekali sahaja untuk setiap Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan dan tidak mengira berapa kali Pelanggan yang Dirujuk tersebut memenuhi Perjanjian Perkhidmatan dan/atau mematuhi kriteria kelayakan di bawah Dasar ini.
3.8. Pelanggan yang Merujuk dan Pelanggan yang Dirujuk telah bersetuju bahawa Syarikat tidak akan, dalam apa keadaan sekalipun, diwajibkan untuk mendedahkan sebab-sebab tidak mengiktiraf Pelanggan yang Dirujuk sebagai Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan.

4. Kriteria Kelayakan Pelanggan yang Merujuk

4.1. Pelanggan yang Merujuk perlu mematuhi semua kriteria berikut untuk layak menerima imbuhan di bawah Dasar ini:
4.1.1. Mempunyai akaun perdagangan di platform dalam talian Syarikat.
4.1.2. Akaun dagangannya mempunyai kedudukan yang baik yang ditentukan sepenuhnya oleh Syarikat.
4.1.3. Bukan isteri/suami Pelanggan yang Dirujuk.
4.1.4. Tidak mempunyai sebarang permintaan yang telak dilaksanakan atau tertangguh untuk penutupan akaun atau pengeluaran dana dari akaun perdagangan mereka di platform dalam talian Syarikat.
4.2. Syarikat berhak untuk menentukan sepenuhnya mengikut budi bicara mutlaknya sama ada Pelanggan yang Dirujuk mematuhi semua keperluan Dasar ini.

5. Imbuhan

5.1. Semasa tempoh Dasar ini Syarikat boleh memberi imbuhan kepada Pelanggan yang Merujuk dengan memberikan peti harta istimewa sebagai ganjaran untuk setiap Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan yang dibawa oleh Pelanggan yang Merujuk. Syarikat juga boleh memberi imbuhan kepada Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan dengan memberikan peti harta istimewa sebagai ganjaran atas pendaftaran di platform dalam talian Syarikat dan memenuhi kriteria kelayakan selepas menggunakan Pautan Syarikat yang diberikan oleh Pelanggan yang Merujuk.
5.2. Imbuhan akan diberikan ke akaun Pelanggan yang Merujuk atau kepada Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan di platform dalam talian Syarikat dengan sewajarnya dalam masa 2 hari bekerja di mana Syarikat mengiktiraf Pelanggan yang Dirujuk yang dibawa oleh Pelanggan yang Merujuk sebagai Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan. Pelanggan yang Merujuk dan Pelanggan yang Dirujuk telah mengakui dan bersetuju bahawa cara penerimaan Imbuhan yang diterangkan di dalam klausa ini adalah secara eksklusif, dan Pelanggan yang Merujuk, serta Pelanggan yang Dirujuk, telah mengetepikan sebarang permintaan untuk Imbuhan dibuat dalam sebarang bentuk atau kaedah yang lain. Syarikat berhak untuk menentukan secara sebelah pihak kandungan peti harta istimewa yang disebut dalam klausa 5.1 pada bila-bila masa dan berkuat kuasa dengan serta-merta.
5.3. Pihak-pihak telah bersetuju bahawa Imbuhan merangkumi sepenuhnya pembayaran untuk prestasi yang dilakukan oleh Pelanggan yang Merujuk dan Pelanggan yang Dirujuk di bawah Dasar ini. Pelanggan yang Merujuk dan Pelanggan yang Dirujuk telah mengetepikan sebarang pembayaran tambahan dari Syarikat, penggantinya, atau pemegang lesennya.

6. Perlanggaran dan Penamatan Dasar Ini

6.1. Pelanggan yang Merujuk tidak boleh menggunakan Pautan Syarikat dalam sebarang cara yang menyalahi undang-undang, memperlekehkan, mengelirukan, lucah, atau dalam apa-apa cara yang menjejaskan Syarikat.
6.2. Pelanggan yang Merujuk mewakili dan memberi jaminan bahawa aktivitinya di bawah Dasar ini tidak melanggar mana-mana undang-undang di dalam bidang kuasa tempat tinggal Pelanggan yang Merujuk. Pelanggan yang Dirujuk memberi jaminan bahawa sepanjang pengetahuannya aktivitinya di bawah Dasar ini tidak akan melanggar mana-mana undang-undang di dalam bidang kuasa tempat tinggal Pelanggan yang Dirujuk. Pelanggan yang Merujuk berjanji untuk mematuhi terma dan syarat media sosial sekiranya Pautan Syarikat dikongsikan di sumber tersebut.
6.3. Syarikat berhak untuk menamatkan hubungan secara sebelah pihak dengan Pelanggan yang Merujuk di bawah Dasar ini berkuatkuasa serta merta sekiranya berlaku sebarang penggunaan yang tidak sepatutnya terhadap Pautan Syarikat oleh Pelanggan yang Merujuk.
6.4. Pelanggan yang Merujuk mengakui bahawa dia akan kekal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan Pautan Syarikat, kandungan yang Pelanggan yang Merujuk lampirkan kepada Pautan Syarikat, dan kaedah menarik Pelanggan yang Dirujuk, dan pengedaran Pautan Syarikat kepada Pelanggan yang Dirujuk kekal sepenuhnya keputusan mutlak Pelanggan yang Merujuk. Syarikat tidak menggalakkan Pelanggan yang Merujuk untuk melaksanakan sebarang tindakan tertentu dengan Pautan Syarikat dan tidak memberikan sebarang arahan atau bahan promosi. Pelanggan yang Merujuk dengan ini melindungi Syarikat daripada sebarang tuntutan berkenaan dengan aktiviti Pelanggan yang Merujuk di bawah Dasar ini.
6.5. Untuk mengelakkan keraguan, Dasar ini ditujukan untuk pelanggan amatur biasa yang bukan merupakan promoter profesional dan berniat untuk melakukan aktiviti di bawah Dasar ini dengan kenalan mereka sahaja. Syarikat mempunyai terma dan syarat yang berasingan untuk rakan kongsi promoter profesionalnya yang boleh didapati di: https://kingfin.com/page/terms. Pelanggan yang Merujuk dilarang daripada menyertai program ahli gabungan Kingfin semasa keseluruhan tempoh Dasar ini. Sekiranya berlaku perlanggaran klausa ini oleh Pelanggan yang Merujuk, Syarikat berhak untuk menamatkan hubungan secara sebelah pihak dengan Pelanggan yang Merujuk di bawah Dasar ini berkuatkuasa serta merta tanpa notis awal kepada Pelanggan yang Merujuk dan membatalkan semua imbuhan kepada Pelanggan yang Merujuk.
6.6. Pelanggan yang Merujuk memberi jaminan bahawa Pelanggan yang Merujuk (secara langsung atau tidak langsung) tidak akan melakukan sebarang kaedah "topi-hitam" atau penipuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada pemadat kata kunci atau kuki, spamdexing, perisian hasad, perisian iklan, pautan atau teks tersembunyi, halaman laluan atau terselindung, penternakan pautan, spam komen blog, perisian pengintip, teknik perisian parasit, teknik “robot“ automatik, perisian, muat turun, pencetusan konteks, atau taktik serupa yang lain untuk meningkatkan bilangan Pelanggan yang Dirujuk. Syarikat berhak untuk menyelidik dan menyiasat Pelanggan yang Merujuk dan aktivitinya dan, mengikut budi bicara mutlak Syarikat, menentukan sama ada mana-mana aktiviti ini sedang dilakukan. Jika Pelanggan yang Merujuk melanggar bahagian ini atau Syarikat mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pelanggan yang Merujuk melanggar bahagian ini, Syarikat berhak untuk menamatkan hubungan secara sebelah pihak dengan serta merta di bawah Dasar ini tanpa notis awal kepada Pelanggan yang Merujuk, dan semua imbuhan Pelanggan yang Merujuk akan dibatalkan dan dilucutkan.
6.7. Pelanggan yang Merujuk tidak boleh menggunakan Pautan Syarikat dengan sebarang kandungan yang mengandungi mana-mana yang berikut:
6.7.1. Kebogelan, pornografi atau bahan seksual atau dewasa yang lain.
6.7.2. Propaganda kebencian atau bahan yang menggalakkan aktiviti atau keganasan yang menyalahi undang-undang.
6.7.3. Kandungan yang melanggar dalam apa cara sekalipun undang-undang, 'common law', atau hak proprietari lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, hak tanda dagang, paten, atau mana-mana harta intelek, kontrak, privasi, atau hak publisiti pihak ketiga yang lain.
6.7.4. Bahan yang mempromosikan atau menggunakan perisian atau perkhidmatan yang direka untuk menghantar e-mel yang tidak diminta.
6.7.5. Bahan yang melanggar sebarang undang-undang atau peraturan tempatan, negeri, atau nasional.
6.7.6. Virus, kuda Trojan, cacing, bom jangka, cancelbot atau rutin pengaturcaraan serupa yang berbahaya atau merosakkan.
6.7.7. Salah nyata atau bahan yang mengancam, kesat, mengganggu, memfitnah, lucah, tidak senonoh, tidak sopan, atau sebaliknya tidak menyenangkan, menyinggung perasaan atau memudaratkan, seperti yang ditentukan oleh Syarikat mengikut budi bicara mutlaknya.
6.7.8. Syarikat berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menamatkan hubungan dengan Pelanggan yang Merujuk dan/atau Pelanggan yang Dirujuk di bawah Dasar ini dan/atau membatalkan imbuhan yang diraih oleh Pelanggan yang Merujuk dan/atau Pelanggan yang Dirujuk tanpa dipertanggungjawabkan terhadap sebarang akibat sekiranya Pelanggan yang Merujuk dan/atau Pelanggan yang Dirujuk lakukan dan/atau Syarikat mengesyaki bahawa Pelanggan yang Merujuk dan/atau Pelanggan yang Dirujuk telah melakukan mana-mana yang berikut: (a) penipuan; perlanggaran Dasar ini; (b) penyalahgunaan Pautan Syarikat; (c) sebarang cubaan pakatan sulit; (d) manipulasi; (e) niat yang tidak baik; (f) tindakan yang tidak sesuai dengan Dasar ini; (g) arbitraj; (h) bentuk penipuan yang lain; (i) perlanggaran Dasar ini dan/atau Perjanjian Perkhidmatan.
6.8. Pelanggan yang Merujuk tidak boleh memberikan sebarang nasihat pelaburan bagi pihak Syarikat kepada Pelanggan yang Dirujuk dan mestilah turut merujuk kepada bahan Syarikat yang menerangkan platform dalam talian Syarikat.
6.9. Syarikat boleh pada bila-bila masa secara sebelah pihak mengubah, mengubahsuai, menambah, atau memadam mana-mana peruntukan Dasar ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jumlah Imbuhan dan cara ia dikira, dan menamatkan atau menggantungkan terma Dasar ini berkuatkuasa serta merta tanpa notis awal kepada Pelanggan yang Merujuk dan Pelanggan yang Dirujuk. Syarikat tidak bertanggung jawab terhadap sebarang akibat mana-mana pindaan, penggantungan, atau penamatan Dasar ini. Penamatan Dasar ini tidak akan menyebabkan penamatan Perjanjian Perkhidmatan secara automatik.
6.10. Tanpa prejudis terhadap klausa 6.9, Syarikat berhak untuk mengubah secara sebelah pihak kriteria kelayakan pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara mutlak Syarikat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
6.10.1. Memerlukan Pelanggan yang Dirujuk untuk melengkapkan aktiviti perdagangan pada akaun perdagangan mereka dengan bilangan lot perdagangan dan had masa yang minimum untuk membuka dan menutup aras, dan/atau
6.10.2. Memerlukan Pelanggan yang Merujuk melaksanakan bilangan perdagangan minimum melalui akaun mereka dalam tempoh masa yang tetap sebelum tarikh Pelanggan yang Dirujuk mendekati Syarikat.

7. Pelbagai

7.1. Pelanggan yang Merujuk melindungi Syarikat daripada semua liabiliti, kos, tuntutan, permintaan, dan perbelanjaan sebarang bentuk apa pun yang boleh dihadapi oleh Syarikat atau berlaku akibat daripada sebarang kegagalan secara langsung atau tidak langsung oleh Pelanggan yang Merujuk untuk melaksanakan mana-mana kewajipan Pelanggan yang Merujuk di bawah Dasar ini.
7.2. Pelanggan yang Merujuk mengakui bahawa Syarikat tidak akan mendedahkan butiran peribadi dan maklumat lain berkaitan Pelanggan yang Dirujuk, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jumlah dana yang didepositkan oleh Pelanggan yang Dirujuk atau bilangan perdagangan, atau sebarang butiran lain berkenaan Pelanggan yang Dirujuk kepada mana-mana pihak ketiga, termasuk kepada Pelanggan yang Merujuk yang berkaitan, kecuali Syarikat boleh mendedahkan sama ada Pelanggan yang Dirujuk telah diiktiraf sebagai Pelanggan Dirujuk yang Berkelayakan, dan jumlah maklumat yang didedahkan tersebut adalah ditentukan sepenuhnya oleh Syarikat.
7.3. Pelanggan yang Merujuk mengakui dan bersetuju bahawa dia dilarang dari menunjukkan dirinya sebagai ejen atau kakitangan Syarikat atau memperkenalkan diri sebagai wakil Syarikat. Hubungan di bawah Dasar ini tidak membentuk atau dianggap membentuk sebarang jenis perkongsian, perkaitan, atau usaha sama di antara Pelanggan yang Merujuk dan Syarikat. Pelanggan yang Merujuk tidak boleh bertindak dalam kapasiti apa pun yang memerlukan Pelanggan yang Merujuk membuat perjanjian broker pengenalan dengan Syarikat. Pelanggan yang Merujuk dan Syarikat adalah kontraktor bebas sepenuhnya di bawah Dasar ini.
7.4. Kedua-dua Pelanggan yang Merujuk dan Pelanggan yang Dirujuk berhak untuk menamatkan hubungan secara sebelah pihak di bawah Dasar ini pada bila-bila masa. Dalam situasi tersebut, peti harta yang belum diberikan (jika ada) akan diberikan kepada Pelanggan yang Merujuk atau Pelanggan yang Dirujuk dalam cara yang dinyatakan dalam klausa 5.2.
7.5. Tidak mengira versi bahasa apa pun dokumen ini, versi bahasa Inggeris adalah versi yang mengikat dan akan diguna pakai sekiranya berlaku sebarang percanggahan di antara bahasa.