FAQ

Pertanyaan Am

Apa itu opsyen dan bagaimana cara untuk memperdagangkannya?

Opsyen ialah alat pasaran saham untuk menghasilkan wang dengan meramal sama ada harga aset akan menaik atau menurun. Pedagang boleh menghasilkan lebih banyak wang jika harga hanya berubah sebanyak 1 poin. Untuk maklumat lanjut sila lihat bahagian "Bagaimana untuk bermula".

Bagaimana untuk mula berdagang?

Anda mesti mendaftar di laman web kami: OLYMPTRADE.COM.

Selepas pendaftaran selesai, akaun perdagangan dibuka secara automatik, dan anda boleh membuat deposit. Di OLYPTRADE amaun dagangan minimu ialah $1 / €1, dan deposit minimum ialah $10 / €10.

Opsyen ialah alat yang sangat mudah untuk pedagang pemula.

Algoritma perdagangan terdiri daripada hanya beberapa langkah:

  1. Pilih aset.
    Di OLYMP TRADE anda mempunyai akses ke aset-aset berikut: EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, USD/CHF, USD/RUB, AUD/USD, EURRUB, USD CAD, EUR JPY, EUR CHF, Bitcoin, Apple, Boeing, Facebook, Google, IBM, Tesla, Coca-Cola, McDonald's, Microsoft, Visa, Starbucks, COMMODITIES, perak, emas, BRENT, DAX, S&P 500, NASDAQ, Dow Jones, AUD/CAD, AUD/CHF, AUD/JPY, AUD/NZD, CAD/CHF, CAD/JPY, СHF/JPY, EUR/AUD, EUR/CAD, EUR/GBP, EUR/NZD, GBP/AUD, GBP/CAD, GBP/CHF, GBP/JPY, GBP/NZD, NZD/CAD, NZD/CHF, NZD/JPY, NZD/USD, USD/SGD, USD/MXN, USD/NOK, USD/CLP, gas semula jadi (NG), tembaga, platinum, CAC 40, EURO STOXX 50, Hang Seng Index, Nikkei 225, RUSSELL 2000, FTSE 100, BMW, Nintendo.
  2. Tentukan jumlah pelaburan.
    Bayaran anda akan berbeza bergantung pada pelaburan anda. Jika anda membuka opsyen dengan berjaya, keuntungan anda adalah hingga 93%. Keuntungan anda bergantung secara langsung pada volatiliti pasaran. Semakin tinggi volatiliti, semakin tinggi keuntungan anda.
  3. Tetapkan tempoh yang mana selepasnya ramalan anda harus dibuktikan tepat (tempoh pelaksanaan).
    Di OLYMPTRADE anda mempunyai tempoh masa dari satu minit hingga 3 jam.
  4. Tentukan sama ada harga aset akan menaik atau menurun dan tekan sama ada butang Naik (jika anda ramal kenaikan harga), atau butang Turun (jika anda ramal penurunan harga).
  5. Tunggu sehingga dagangan tamat tempoh.

Bagaimana cara untuk memadam akaun  saya?

Akaun hanya boleh disekat. Untuk menyekat akaun anda, anda perlu menghubungi bahagian sokongan klien di support-my@olymptrade.com atau anda boleh menghubungi kami: +60 (3) 921 262 41

Apa itu volatiliti pasaran?

Volatiliti ialah kepelbagaian Volatiliti – ketidakstabilan, kepelbagaian harga pada bursa sepanjang tempoh tertentu. Dalam kata lain: ia adalah penunjuk kewangan statistik berkenaan kepelbagaian harga. Untuk pedagang ia adalah penunjuk yang sangat penting, kerana, apabila memilih aset, pedagang harus tahu naik turun yang tertakluk kepadanya. Kiraan volatiliti membolehkan penilaian risiko pelaburan dalam aset tertentu. Semakin tinggi volatiliti, semakin tinggi risiko. Pada masa yang sama, kiraan volatiliti juga membolehkan pedagang menganggar keuntungan berpotensi.

Apa itu masa pelaksanaan opsyen (tempoh tamat)?

Ini ialah tempoh masa, pada penghujung tempoh ini dagangan ditutup secara automatik, iaitu, dilaksanakan. Di OLYMPTRADE anda boleh memilih tempoh waktu dari 1 minit hingga 3 jam.

Harap maklum bahawa anda boleh batalkan dagangan sendiri. Jika anda sedar bahawa ramalan anda tidak tepat dan carta bergerak ke arah yang salah selepas dagangan dilaksanakan, anda boleh membatalkan dagangan anda dan mengelak daripada kehilangan kesemua pelaburan anda. Dalam bahagian "Dagangan Saya" (dalam lajur Jual) anda boleh melihat amaun bayaran balik jika dagangan dibatalkan (anda boleh menerima hingga 120% pelaburan bergantung pada bila dagangan dibatalkan). Jika anda mahu membatalkan dagangan, anda perlu klik butang dengan amaun pulangan dan kemudian sahkan penjualan awal.

Apa itu aset?

Aset termasuk pasangan matawang, saham, indeks dan komoditi. Aset dasar ini adalah asas kepada mana-mana opsyen. Apabila anda berdagang opsyen, anda boleh memperdagangkan pasangan matawang, komoditi (emas, minyak), indeks bursa saham utama dan saham. Anda boleh melihat senarai lengkap aset dan tempoh dagangan untuk setiap satu di bahagian berkenaan di laman web kami Assets».

Apa itu kecairan aset?

Kecairan ialah kapasiti sesuatu aset untuk dijual dengan cepat dengan kerugian kewangan minimum berkait dengan kelajuan penjualan. Dalam kata lain kecairan bermaksud wang yang boleh ditukar. Matawang adalah aset yang paling cair. Kedua paling cair adalah sekuriti kukuh. Pada pasaran sekuriti, kecairan boleh bergantung secara langsung kepada jumlah perdagangan sesuatu aset dan pada bilangan tawawan beli dan jual semasa. Logam berharga di tempat ketiga. Logam seperti emas, perak, platinum dan paladium adalah komoditi dagangan-pertukaran. Harganya ditentukan di pusat dagangan global di New York dan London. Jongkong logam ini boleh dijual pada bila-bila masa dengan kerugian minimum.

Semakin cair aset, semakin kurang risiko untuk pelabur.

Apa itu opsyen 'call' dan 'put'?

Opsyen call dibeli jika pedagang percaya bahawa harga aset terpilih apabila opsyen dilaksanakan akan menjadi lebih tinggi berbanding bila ia dibelikan.

Opsyen put dibeli apabila pedagang percaya bahawa harga aset terpilih apabila opsyen dilaksanakan akan menjadi lebih rendah berbanding bila ia dibelikan.

Anda boleh mengetahui maksud istilah opsyen yang penting di bahagian "Istilah".

Apa itu sistem perdagangan?

Ia adalah sistem beberapa komponen yang membantu pedagang membuat keputusan sama ada untuk membuka dagangan. Sistem ini termasuk satu atau lebih alat analisis (analisis asas, teknikal, graf) syarat-syarat khusus untuk penggunaannya, peraturan pengurusan wang dan sikap psikologi. Strategi Perdagangan - algoritma yang menggunakan penunjuk dan alat analisis lain dan satu set peraturan spesifik untuk melaksanakan dagangan. Strategi perdagangan ialah sebahagian daripada sistem perdagangan.

Adakah saya kehilangan deposit jika harga pembelian adalah sama dengan harga penunaian?

Deposit tidak hilang; dalam kes ini kos opsyen dipulangkan kepada pedagang.

Soalan kewangan

Bagaimana untuk menghitung keuntungan saya?

Keuntungan anda daripada dagangan mungkin hingga 93% jumah pelaburan. Keuntungan anda bergantung secara langsung pada peratusan pulangan. Semakin tinggi kadar pulangan, semakin tinggi keuntungan anda.

Kadar pulangan bergantung pada beberapa faktor:

  1. Persekitaran pasaran (volatiliti, kecairan)
  2. Baki dalam syarikat. Algoritma risiko automatik menentukan bilangan dagangan beli dan jual yang dibuka untuk setiap aset. Bilangan penjual dan pembeli adalah biasanya seimbang. Jika sebelah lebih berat, syarikat memotong keuntungan untuk aset yang tidak seimbang bagi menanggung kos. Walau apa pun, keuntungan daripada dagangan yang berjaya akan dibayar kepada Klien secara penuh.

Apakah amaun deposit minimum?

Amaun deposit minimum ialah $10 / €10.

Berapakah amaun dagangan minimum?

Amaun dagangan minimum di platform perdagangan kami ialah $1 / €1.

Adakah terdapat apa-apa yuran untuk deposit dan pengeluaran dana?

Tidak, OLYMPTRADE menanggung semua komisen.

Bagaimana cara membuat deposit?

Untuk membuat deposit ke akaun anda, anda perlu memilih bahagian «Deposit» di Papan Pemuka anda, pilih kaedah bayaran, isi amaun deposit (minimum ialah $10 / €10), dan kemudian klik butang Deposit. Anda akan ditawarkan bonus deposit. Jika anda tidak ingin bonus ini, anda harus klik butang "Batal bonus" dan ikuti arahan yang diberikan.

Bolehkah saya menggunakan kad bank untuk membuat deposit?

Ya, dengan OLYMPTRADE anda boleh membuat deposit dengan kad bank.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana?

Bagi mengeluarkan dana, anda perlu menghantar permintaan di Papan Pemuka anda. Pergi ke bahagian "Pengeluaran", pilih kaedah pengeluaran, isikan jumlah dan klik "Hantar permintaan".

Tempoh pengeluaran maksimum ialah 5 hari bekerja, tetapi kami akan sentiasa cuba memproses permintaan anda secepat mungkin. Biasanya, 90% daripada permintaan diproses dalam masa 24 jam atau hari bekerja seterusnya.

Kaedah pengeluaran

Anda boleh mengeluarkan dana hanya ke sumber yang digunakan untuk membuat deposit. Senarai kaedah yang disediakan untuk deposit dan pengeluaran dana boleh dijumpai di sini: https://olymptrade.com/cabinet#tab=recharge

Apakah amaun pengeluaran minimum?

Amaun pengeluaran minimum ialah $10 / €10 bergantung pada matawang akaun anda.

Platform perdagangan

Apa itu platform perdagangan?

Ia adalah gabungan perkakasan dan perisian yang membolehkan pengguna (pedagang) untuk membuat dagangan dan menyediakan akses ke maklumat tentang pasaran kewangan kepada mereka.

Adakah saya perlu memuat turun sebarang perisian ke PC saya untuk berdagang?

Tidak, anda hanya perlu membuka akaun di laman OLYMPTRADE

Bagaimana untuk melihat rekod perdagangan saya?

Anda boleh menyemak rekod perdagangan anda di Papan Pemuka bahagian "Dagangan".

Apakah waktu yang dipaparkan pada platform?

Waktu yang ditunjukkan pada platform adalah sepadan dengan waktu pengguna (menurut zon waktu anda).

Mengapa dagangan tidak dibuka dengan serta merta?

Ia biasanya mengambil beberapa saat untuk menerima data dari pelayan, itu adalah sebab mengapa dagangan tidak membuka dengan serta merta. Proses ini biasanya mengambil sehingga 4 saat.

Bagaimana untuk menutup dagangan secara awal?

Di platform Olymp Trade anda boleh menutup dagangan sebelum tempoh tamat opsyen. Bayaran balik bergantung pada perubahan harga set. Semakin aktif pergerakan carta harga ke arah yang terpilih, semakin besar bayaran balik apabila opsyen dijual. Jika carta harga bergerak menentang ramalan anda, jumlah bayaran balik mungkin mencapai sifar. Bayaran balik maksimum yang mungkin ialah hingga 120% jumlah pelaburan. Hinna 100% untuk aset matawang aset. Dengan menjual dagangan, anda boleh mendapat higga 20% keuntungan bersih tanpa menunggu hinnga tempoh tamat. Fungsi jual dagangan akan menjadi tidak aktif jika masa yang tinggal ialah kurang daripada 1/6 tempoh tamat.

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat ralat sistem semasa saya memuat platform?

Jika terdapat ralat teknikal, pertama sekali anda harus memadam cache dan kuki dalam pelayar anda. Anda juga harus memeriksa bahawa versi terkini pelayar yang dipasangkan sedang digunakan. Jika tindakan dan memuat semula laman tidak membantu dan ralat masih berlanjutan, sila hubungi bahagian sokongan teknikal.

Apakah waktu yang dianggap sebagai waktu perdagangan yang paling aktif?

Aktiviti perdagangan matawang bergantung pada waktu operasi ruang perdagangan utama dan semakin pesat apabila berita utama ekonomi diumumkan. Sesi perdagangan yang paling aktif adalah sesi Eropah dan Amerika, contohnya, sesi Eropah berlangsung dari 06:00 am hingga 03:00 pm UTC. Sesi Amerika berlangsung dari 1:00 pm hingga 10:00 pm UTC

Ingat bahawa berdagangan dalam pasangan matawang USD / RUB berlangsung dari 7:00 am hingga 5:00 pm UTC.

Adakah terdapat akaun demo?

Kami menawarkan akaun demo dengan 10,000 unit maya dalam matawang anda supaya anda boleh menilai manfaat platform perdagangan kami.

Berapakah amaun dagangan minimum?

Amaun dagangan minimum di OLYMPTRADE ialah $1 $ / €1 (bergantung pada matawang akaun anda).

Apakah amaun dagangan maksimum?

Jumlah dagangan maksimum ialah $2000 $ /€2000 (bergantung pada matawang akaun anda).

Jumlah dagangan maksimum untuk klien VIP ialah $5000 $ / €5000 & (bergantung pada matawang akaun).

Adakah terdapat sebarang had pada posisi?

Dagangan maksimum untuk setiap instrumen bagi klien biasa ialah $10,000 / €10,000 & (bergantung pada matawang akaun).

Dagangan maksimum untuk setiap instrumen bagi klien VIp ialah $10,000/ €10,000 & (bergantung pada matawang akaun).

Jumlah dagangan maksimum untuk semua aset perdagangan bagi semua pengguna ialah $20,000 / €20,000 & (bergantung pada matawang akaun).

Apa itu carta/graf garis?

Ini adalah carta jenis berterusan yang berdsarkan suapan harga. Carta ini mewakili hubugan linear antara sebut harga yang sentiasa berubah untuk aset dagangan pertukaran. Plot carta dilakukan dalam talian.

Apa itu graf lilin (candlestick)?

Ini ialah jenis carta yang dihasilkan menggunakan lilin Jepun. Ia membentuk lilin berdasarkan data jarak waktu tertentu (tempoh masa). Contohnya, lilin dengan tempoh 15 saat bermakna badan lilin terbentuk sepanjang 15 saat dan lilin baru bermula selepas tempoh ini berakhir.

Terdapat tiga jenis lilin:

  1. Lilin hijau bermaksud harga menaik sepanjang tempoh itu.
  2. Lilin merah bermaksud harga menurun sepanjang tempoh itu.
  3. Lilin yang tidak terbentuk bermakna harga tidak berubah sepanjang tempoh itu.

Carta lilin amat berguna untuk analisis teknikal.

Apa itu lilin Heiken Ashi?

Lilin Heiken Ashi ialah penunjuk yang mengatur carta lilin, mengemaskan naik turun harga dan menjadikan carta lebih jelas dan bermaklumat. Ini ialah instrumen yang berguna dan popular antara pedagang moden.

Heiken Ashi menggunakan formula istimewa yang mengandungi:

  • Tahap buka Heiken Ashi - nilai purata harga pembukaan dan penutup lilin standard sebelumnya (Tutup + Buka)/2
  • Tahap tutup - nilai purata harga tinggi, rendah, pembukaan dan penutupan lilin semasa (Min+Max+Buka+Tutup)/4;

Oleh itu, yang tinggi ialah nilai tertinggi antara pembukaan, penutupan dan harga tinggi lilin semasa; rendah ialah nilai terendah antara pembukaan, penutupan dan harga rendah lilin semasa.

Terdapat beberapa jenis Heiken Ashi:

  1. Lilin hijau tanpa bayangan rendah - pergerakan menaik yang kuat
  2. Lilin hijau dengan bayangan - biasanya muncul pada permulaan atau penghujung pergerakan menaik
  3. Lilin dengan badan kecil dan bayangan panjang pada kedua-dua sisi - menandakan kebalikan trend yang mungkin berlaku.
  4. Lilin mreah - biasanya muncul pada permulaan atau penghujung pergerakan menurun
  5. Lilin merah tanpa bayangan atas - pergerakan menurun yang kuat

Kelemahan utama penunjuk Heiken Ashi ialah jeda carta harga.

Apa itu tempoh masa?

Ia adalah skala masa harga pada platform perdagangan. Jika anda memilih tempoh masa 10 minit pada carta garisan, anda boleh melihat sebahagian daripada carta harga untuk 10 minit terakhir. Jika anda memilih tempoh masa "5 minit" pada carta lilin Jepun, setiap lilin akan menunjukkan bagaimana harga berubah sepanjang tempoh ini (jika ia menaik, lilin akan berwarna hijau; jika ia menurun, ia berwarna merah).

Selang waktu berikut digunakan pada platform: 15 saat, 1, 5 dan 15 minit.

Apa itu zoom?

Zoom adalah ciri carta tambahan yang membantu anda menggunakan bilangan data bersejarah yang lebih besar dalam tempoh 24 jam. Ciri ini membenarkan pedagang untuk skrol melalui sejarah carta untuk waktu tertentu, zoom masuk dan keluar dari segmen carta tertentu. Skrol zoom adalah perlu untuk analisis teknikal, matlamatnya adalah untuk menemui pola tempoh bersejarah carta tersebut. Di OLYMP TRADE zoom adalah di bawah carta sebut harga.

Apa itu dagangan bebas risiko?

Contoh: had dagangan bebas risiko islah $100. Ini bermakna selepas pengaktifan, anda boleh membuka dagangan untuk jumlah yang tidak melebihi 100USD itu. Jika ramalan anda salah, kami akan pulangkan hingga 100 USD ke akaun perdagangan anda.

Anda boleh mengaktifkan amaun dagangan yang kurang daripada had dagangan bebas risiko.. Contoh: had dagangan bebas risiko islah $100. Anda telah mengaktifkan dagangan bebas risiko, tetapi memasukkan USD80 sebagai "amaun dagangan". Jika ramalan anda salah, kami akan pulangkan USD80 ke akaun anda. Namun demikian, perbezaan antara had dagangan bebas risiko dan amaun dagangan terpilih tidak akan dipulangkan.

Pengesahan

Perlukah saya disahkan?

Pengesahan kesahihan klien adalah menurut permintaan Syarikat. Jika Klien perlu menjalani pengesahan, Syarikat akan menghubungi Klien dan menghantar mesej ke alamat yang digunakan semasa pendaftaran. Sebagai peraturan, dokumen berikut akan diminta untuk mengesahkan kesahihan Klien:

  • Salinan berwarna (imbas/foto) halaman maklumat pasport atau Kad Pengenalan;
  • "Selfie" Klien memegang pasport (foto di mana Klien memegang pasport yang dibuka pada halaman tarikh dan wajah yang jelas dilihat);
  • Pengesahan kaedah bayaran yang digunakan dalam akaun perdagangan.

Ke mana saya harus menghantar dokumen?

Selepas penerimaam permintaan pengesahan, semua dokumen yang diperlukan mesti dihantar ke e-mel kyc@olymptrade.com bersama-sama dengan butiran log masuk (log masuk ialah alamat e-mel yang ditetapkan oleh klien semasa pendaftaran).

Berapa lamakah tempoh pengesahan?

Pemprosesan dokumen yang dihantar oleh klien mengambil masa hingga lima hari bekerja.

Bagaimana cara untuk mendapatkan keputusan dokumen pengesahan?

Klien akan menerima pemberitahuan e-mel berdasarkan keputusan pengesahan.