Perdagangan pintar. Waktu perdagangan

Untuk perdagangan yang lebih berjaya, anda harus mempertimbangkan rentak pasaran matawang: waktu bangun sebuah negara dan waktu tidur negara lain. Aktiviti matawang pada suatu masa bergantung pada zon waktu.

Tiga sesi perdagangan

Sesi perdagangan ialah hari bekerja pada bursa saham. Sebut harga yang anda lihat di platform perdagangan akan muncul pada waktu ini. Pasangan matawang yang termasuk matawang nasional negara yang terjaga adalah paling aktif (volatiliti tinggi), oleh kerana negara itu aktif: berita dan data ekonomi disiarkan dan VIP sedang memberi ucapan.

Terdapat tiga sesi perdagangan utama (UTC).

Sesi Asia

Tempoh perdagangan: 00:00 am — 09:00 pm UTC

Negara: Australia (Sydney), New Zealand (Wellington), Jepun (Tokyo), China (Hong Kong), Singapura

Volatiliti tinggi: USDJPY, EURJPY (daganganjangka pendek hingga 10 minit membantu pedagang aktifs — scalpers — untuk menghasilkan keuntungan cepat).

Volatiliti sederhana: AUDJPY, GBPUSD, USDCHF (dagangan dari 15 hingga 60 minit membolehkan pedagang yang berwas-was menghasilakn wang).

Volatiliti pasangan matawang ketika sesi Asia
Julat perdagangan harian dalam bentuk mata
Volatiliti pasangan matawang ketika sesi Asia

Sesi Eropah

Tempoh perdagangan: 06:00 am — 03:00 pm UTC

Negara: Jerman (Frankfurt), Switzerland (Zurich), Perancis (Paris), UK (London) dan seluruh euro-zone, pdan Rusia.

Volatiliti tinggi: EURUSD, USDCAD, GBPUSD, USDCHF, EURRUB, USDRUB (sesuai untuk perdagangan berita).

Volatiliti sederhana: AUDUSD, EURCHF (sesuai untuk perdagangan trend).

Volatiliti pasangan matawang ketika sesi Eropah
Julat perdagangan harian dalam bentuk mata
Volatiliti pasangan matawang ketika sesi Eropah

Sesi Amerika

Perdagangan bermula: 01:00 pm — 10:00 pm UTC

Negara: Amerika Syarikat (New York, Chicago).

Volatiliti tinggi: EURUSD, USDCAD, GBPUSD, USDCHF (sesuai untuk perdagangan menurut berita dan jangka pendek dagangan hingga 15 minit).

Volatiliti sederhana: AUDUSD, EURCHF, USDJPY, Emas, Perak, Brent (sesuai untuk perdagangan menurut trend dan dagangan dari 15 hingga 180 minit).

Volatiliti pasangan matawang ketika sesi Amerika
Julat perdagangan harian dalam bentuk mata
Volatiliti pasangan matawang ketika sesi Amerika

Cadangan perdagangan

Sesi Eropah dan Amerika adalah paling aktif kerana ia menjejaskan pasangan mata wang utama. Pedagang juga harus tahu bahawa terdapat hari dagangan tertentu apabila semua matawang cenderung menjadi sangat aktif.

Jadual di bawah menunjukkan julat purata dalam pips untuk instrumen utama setiap hari dalam seminggu.

Pasangan matawang Ahad Isnin Sel Rab Kha Jumaat
EUR/USD 69 109 142 136 145 144
GBP/USD 73 149 172 152 169 179
USD/JPY 41 65 82 91 124 98
AUD/USD 58 84 144 99 115 111
NZD/USD 28 81 98 87 100 96
USD/CAD 43 93 112 106 120 125
USD/CHF 55 84 119 107 104 116
EUR/JPY 19 133 178 159 223 192
GBP/JPY 100 169 213 179 270 232
EUR/GBP 35 74 81 79 75 91
EUR/CHF 35 55 55 64 87 76

Menurut jadual, waktu perdagangan terbaik mungkin adalah pertengahan minggu, kerana pergerakan yang paling kuat berlaku pada mas itu. Pada hari Jumaat perubahan aktif biasanya berlaku hingga 0:00 pm UTC dan kemudian semakin perlahan. Selepas itu, perdagangan bursa saham berhenti dan pasaran ditutup untuk hujung minggu.

Kini anda tahu waktu terbaik untuk memperdagangkan sebarang aset dan mempunyai peluang terbaik untuk membuka dagangan opsyen yang berjaya.